highlight is unavailable

Friday, 4 October 2013

#26 cakap senang

assalamualaikum..

lama sudah tak hupdate.. ke'busy'an melanda.. :/
okiedokie..
#justmythought

SEMUA orang kalau suruh cakap.. fuuhh!! tip-top! tiada cacatcela nya.. perfect! plus extra marks lagi..

TAPI!

what will happen if we ask "orang-yg-pandai-bercakap" tu.. do what they hve said? senang ke susah?
it happens to me.. ody kalau bagi nasihat.. amboiii... kalah kaunselor..
tapi when it happen to me, myself.. only Allah knows the feeling.. serious! sebab tu sekarang ni...
if someone ask for my advice, I'll imagined if I were them.. put yourself in that situation.. ;) okie?
dont give over advices that even you can't do it.. bagi nasihat dekat org ni.. bagus! lagi bagus kalau orang tu dpt selesai masalah dia.. Alhamdulillah.. dan ingat yer..
even you advise boleh selesaikan masalah seseorg..

NEVER FORGET!!

YOU CAN GIVE THE ADVICE BECAUSE ALLAH ALLOW YOU TO DO SO and THE PROBLEM IS SOLVED ONLY WHEN ALLAH WANT IT TO BE SOLVED =)
.. so, thank Allah.. :)

Thursday, 22 August 2013

#25 nescafe

assalamualaikum~

aduiii.. nescafe la pula? he-he..
ody nak share mengenai nescafe..



hah.. nescafe yang dekat atas ni.. paling ody suka...
ada apa dengan nescafe?

nescafe=tak tidur

kan? hah! selalunya time bila nescafe ni laku?
FINAL !
final exam, banyak assignment, kerja menggunung, atau apaII yang penting *selalunya student yang minum

dan semuanyaa... sebab? DUNIAWI
pernah jumpa orang minum nescafe, kopi.. taknak tidur sebab nak beribadah? mungkin ada.. tapi jarang.. *ody tak pernah jumpa lagi.. huhu..sebab ody pun bukan macam tu.. huhu..

heh.. dan apa yang cuba ody sampaikan ni? membebel je keje ody ni..
tak.. ody sebenarnya.. nak cakap..
kenapa orang sanggup bersekang mata, bersusah, dan ber"apaII" hanya sebab duniawi yang tak kekal? maksud ody..
mm..okie..contohla.. *kind of ody

student..bersekang mata.. nak final exam.. jadi..dorang minum nescafe dua tiga botol *jangan buat.. sebotol pun okie..nanti bebanyak minum..takut pening..
minum sebab nak exam esok.. buku yang nak kena baca ada 500 pages.. *gila tak gila kan?
then, when result come out.. EXCELLENT!! PASS!! *alhamdulillah..
tapi.. keputusan tu.. hanya untuk itu.. tak kekal sampai ke akhirat..

dan semua orang sanggup bersusah sebab "result" dia.. boleh nampak depan mata.. kan?

tapi.. kalau minum.. satu botol nescafe.. untuk satu malam.. untuk bersekang mata untuk ibadah.. pahala bebanyak tu.. insyaAllah boleh tolong kita waktu akhirat..

dan kenapa susah nak bersusah sebab ALLAH? sebab "result" dia tak nampak.. kan?

itulah maksud ody.. ody pernah cuba sekali je minum nescafe.. waktu bulan puasa.. sebab nak aim lailatulqadar.. huhuhu.. dansegala contoh yang ody bagi.. adalah pengalaman diri.. sebab ody pun tak sempurna.. everything that i just wrote.. its just my saying and my thought.. ;) and hoping to be better one day.. ;) doakan ody.. dan semoga kita semua boleh jadi insan yang sentiasa Allah pandang.. insyaAllah.. assalamualaikum~

Monday, 12 August 2013

#24 popular

assalamualaikum...

popular? famous? dikenali?

best ke?

teringin?

bagi ody... biar jadi orang biasa... tapi popular pada pandangan Allah.. :')
sederhana, lebih selamat..

selamat dari apa?

sifat riak.. (harap dijauhkan)

*bila terdetik perasaan riak-bangga-diri.. istighfar bebanyak.. okie?
salam raya dari ody.. :)

Tuesday, 30 July 2013

#23 fasa 3 - aiming for lailatulqadar ..

assalamualaikum..

dah masuk fasa tiga!! phewww~
kejap je rasanya masa berlalu kan?
macamII perasaan akan dirasai oleh pelbagai jenis orang..
ody punya feel? mmm...

*excited nak sambut raya ke?
*takda rasa apaII ke?
*sedih nak tinggal kan ramadhan ke?
*bahagia sebab takyah puasa dah ke?
*sedih sebab takleh beniaga kat bazar ramadhan, so income tak masyuk ke?
*happy sebab dah boleh tengokwayang-karaoke-dll ke?
*atau.. apaII lah kan..

ntahla...excited nak raya.. belum muncul lagi.. sebab ody sekarang tengah bertungkus lumus nak habiskan khatam Quran kali kedua.. (baru juzuk 16) .. dan ada lagi 8 hari plus minus lagi... hurmmm... insyaAllah kot..

takde rasa apaII? takkan la kot.. semua orang ada rasa.. orang gila pon ada feel-feel ni.. *eh? mana ody tau?aiyokk

sedih nak tinggalkan ramadhan? yup! memang sedih.. sebab apa? sebab banyak sebab!
- kefokusan nak buat ibadah akan hilang sikit.. *maksud ody, sebab syaitan dah mula maharajalela..
- dah takda suasana ramadhan...
- tarawih dah takde dah...
- paling tak best, pahala dah tak berganda!! ;(

bahagia sebab takyah puasa? takde plak rasa macam tu.. sebab.. memang takde rasa camtu la.. huhu..

sedih sebab takleh beniaga? sorry.. ody takde jual apaII.. sekian~

happy sebab dah boleh berjimba? tak kot.. sebab ody bukan jenis yang macam tu.. (ody yang dulu, takyah cakap.. kalau boleh tidur dalam wayang tu, dah tidur rasanyer.. kalau suara ni takde limit.. tak balik umah dah.. duk karaoke sampai tak ingat dunia..)

atau apaII? apaII apakah? hoho..

aiyoyo.. membebel tak sudah.. ody sebenarnya nak cakap pasal lailatulqadar.. hish! melalut pulak.. *ketuk kepala sendiri

carilah malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir ramadhan...

hah! carikla!! =)
kenapa malam lailatulqadar tak fix? sebab... kalau dah tetapkan tarikh... orang hanya akan berjaga malam nak buat ibadah untuk malam tu je.. pastu malamII lain?
hah.. sebab tu lah Allah tak tetapkan.. ;)
dan kelebihan malam lailatulqadar adalah.. malam lailatulqadar lebih baik dari 1000 bulan.. kenapa?
sebab.. orang dulu.. hidup lama.. tapi umat Muhammad S.A.W... umur tak sampai 70, dah meninggal.. jadi..kalau kita dapat berkat malam lailatulqadar.. automatik.. ibadah kita malam tu.. lebih baik dari 1000 bulan(83 tahun plus minus).. hah.. itu baru satu kali.. kalau tahun depan pun kita dapat berkat malam lailatulqadar? subhanAllah.. banyakkan pahala? ;) dan istimewanya umat nabi Muhammad S.A.W ni.. *kita semua la tuu~~

okiedokie...sekian dari ody.. assalamualaikum~ ;)

Monday, 29 July 2013

#22 sejarah

assalamualaikum..

ody nak share mengenai "sejarah" ..
SE-MU-A orang ada sejarah masingII kan? sejarah hitam, pahit, manis, masamII manis, cuka basi, dll...
kalau ody?
mmm... kalau nak dibandingkan ody sekarang dengan yang dulu kala... macam langit dengan bumi...
seriously... teruk! jahat! bangang! dan sewaktu dengannya.. ody memang sangatII teruk waktu dulu...
kalau nak dibandingkan dengan jin.. eh, takpayah nak banding sangatla kan.. memang jin pun.. huhu.. :/

tapi!

what make me changed?

jaga solat.

serious! just jaga solat fardhu je.. dulu mana ody tahu sunatII ni.. takyah nak sunat sangatlakan.. fardhu pun lintang pukang masa tu.. -,-
lepas tu, terdetik tibaII perasaan "teruknya kau ni.. sampai bila nak macam ni?"
**baru sedar..

lepas tu, ody cuba taknak tinggal solat fardhu.. maklumlah... semua orang tahu.. solat yang paling selalu orang tinggal, SUBUH.
kan? hah! sama la tu dengan ody.. tapi dulu la...
lepas dah jaga solat fardhu.. alhamdulillah..dapat completekan solat fardhu.. 5 kali sehari.. **rasa seronok
then, hampir beberapa bulan lepas tu, ody terdetik.. "takkan nak solat fardhu je kot? nak jugak buat sunat untuk tampung pahala fardhu"
**again, baru sedar..

lepas tu.. perlahanII ody dekatkan diri dengan Al-quran.. bukan tak reti baca.. tapi MALAS.. disebabkan lama tak baca.. mulaII tu merangkak jugakla.. lamaII baru okie.. ;)
baca, baca, dan terus baca.. sampai khatam sekali, dua kali, dan berkaliII...
lepas tu.. ody cuba amalkan 12 rakaat solat sunat rawatib..

2 rakaat sunat sebelum subuh
4 rakaat sunat sebelum zuhur
2 rakaat sunat selepas zuhur
2 rakaat sunat selepas maghrib
2 rakaat sunat selepas isya'

*sumber :: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-rawatib/
tapi ody belum berjaya completekan 12 rakaat tu.. kadangII 2, 4.. hah.. tu je lah baru pun.. huhu..

bila dah nak dekat setahun ody macam ni.. ody sendiri nampak perubahan diri ody.. lepas tu, bila kenangkan balik zaman "jin" dulu.. syooohhhh syooohhhh... taknak ingat dah.. baru terdetik, "jahat nya aku dulu.."
**again and again.. baru sedar...

panjang berjela ody membebel ni.. ada sebab.. berubahlah untuk menjadi lebih baik disisi Allah.. untungnya, bukan dapat dekat orang lain.. tapi diri sendiri.. takdenyer.. orang buat baik untuk bagi pahala dekat orang.. ye dak? dan segala apa dosa yang lalu.. sila TAUBAT..dan solat taubat tak semestinya buat sekali je..lepas tu tak buatII dah.. tapi.. buatlah sebanyak mungkin.. ;)

akhir kata dari ody.. nak berubah, tak payah tunggu hidayah.. tak payah update status kat facebook.. tak payah bagi tahu satu dunia.. tak payah nak tunggu waktu tua...

tapi!

hanya perlu fikir.. kemana hala tuju kita.. syurga atau neraka? 

sekian dari ody.. assalamualaikum~

#21 sayang mak ayah

assalamualaikum~

mak ayah. parents. ibu bapa. penjaga. jiwa dan raga. hati dan sanubari. mom&dad. mama papa. ibu ayah. ibu abah. umi abi. dan apa sahaja yang korang panggil parents korang.. :)

siapa je dekat dunia ni tak sayang mak dan ayah kan?
tapi sayang dunia ke sayang akhirat?
eh? ada beza pulak sayangII ni??

heh.. ;)
sayang dunia.. maksudnya.. biasa lah.. bantu mak ayah kerja rumah.. belajar pandaiII.. beri duit bulanan.. sedekah al-fatihah.. ziarah kubur.. dan sewaktu dengannya...

kalau sayang akhirat?
baca quran.. zikir.. jaga pergaulan.. jaga solat.. dan amalanII lain... bila dikata jaga solat.. tak cukup dengan hanya menunaikannya.. tapi perlulah tunaikan pada awal waktu.. sebab?
**untuk perempuan..
contoh, zuhur agak lama masanya... pukul 3, baru si polan nak solat zuhur.. tapi tibaII tak boleh(cuti).. itu dah dikira sebagai meninggalkan solat.. nauzubillah...
**untuk lelaki
hendaklah pada awal waktu dan berjemaah.. :) (dapat 27 pahala kalau solat jemaah woo)

sayang mak ayah ni, berbakti pada mereka.. dapat pahala haji dan umrah.. hah! dengan hanya bakti pada mak ayah, dah dapat pahala sebesar tu.. subhanAllah.. :')
**tapi janganlah sampai tak buat haji dengan umrah.. okie? ganjaran pahala je sama tau! kena buat haji dan umrah jugak.. ;)

okie..semoga kita semua..termasuk ody.. boleh kejar pahala haji dan umrah ni banyakII... aminn... assalamualaikum~~

Saturday, 27 July 2013

#20 sunah nabi

assalamualaikum~..

sunah Nabi Muhammad S.A.W... :)

sekecil-kecil sunnah..jika diamalkan waktu kemunduran umat... akan mendapat pahala sebanyak 100 kali mati syahid..
**ingat senang ke nak dapat pahala mati syahid? tak payah perangII... just amalkan sunah Nabi.. walaupun sekecil-kecil sunah..

contoh ::

masuk tandas kaki kiri, keluar tandas kaki kanan..
duduk ketika makan dan minum... (kecuali kalau makan buah,boleh berdiri.. minum air zamzam juga berdiri)
dan lainII sunah

simple-mimple je.. tapi ganjaran dia? subhanAllah.. besar sungguh.. 100 kali mati syahid!! **terpegun

marilah kita samaII amalkan sunahII Nabi kita.. Nabi Muhammad S.A.W...
sekian dari ody..assalamualaikum~

#19 ramadhan 18

assalamualaikum..
salam ramadhan.. :)

kita dah masuk fasa ke hari 15 dan ke atas... jadi... cara tarawih juga ada ubah sikit..
sebab nak kejarkan lailatulqadar.... ;)

tarawih ::

1/ setiap rakaat pertama baca surah al-qadr.
.
2/ rakaat kedua surah lain2... kalau boleh ikutturutan ke bawah.. contoh.. (al zalzalah, al-'adiyyat, al-qari'ah, dan seterusnya)

3/ witir pula, 3 rakaat... (2+1) .. untuk witir yang 1 rakaat.. selitkan doa qunud.. :)


p/s :: tiap2 kali lepas solat, bacalah (ya wahab) 7 kali sebelum doa..

okay.. itu sahaja ody nak share.. assalamualaikum~

Friday, 26 July 2013

#18 niat

assalamualaikum~

niat?apa je dengan niat ni? orang bukan tau pun..
hah! sebab orang tak tahu lah... ody nak share benda ni..
ingat ye.. Allah tu maha mengetahui.. walaupun sekecil kecil perkara..
bila cakap pasal niat.. perkara pertama terlintas apa?

kalau ody, ody akan cakap "depends"
yela kan.. niat ni ikut masing-masing..
contoh.. (kind of ody)

1*
ayah offer siapa tolong basuh kereta ayah, dapat duit... niat?
nak dapat duit ke? atau memang nak tolong? atau terpaksa tolong sebab dah takde sape nak tolong?

2*
sedekah... niat?
nak menunjuk? atau memang nak bantu? atau sajesaje sebab tengok orang lain sedekah, so diri pun nak jugakla..

3*
baca quran... niat?
nak dapat pahala? atau nak tunjuk yang diri pandai baca quran dengan lagu sedapsedap?

niat ni... PENTING! diulang suara... PENTING!
kenapa? sebab dipadang mahsyar nanti.. kita akan dibangkitkan mengikut niat masing-masing.. pheww.. seram tibatiba..

jadi..jom perbetulkan niat.. dan semoga segala apa yang kita buat.. adalah kerana Allah.. insyaAllah...
salam ramadhan yang 17 dan bakal 18... :) assalamualaikum~

#17 jaga hati

assalamualaikum~
topik ::jagahati..

selalunyer... kita kalau dah rapat dengan seseorang tu... cakap apa apa pun tak kisah... perkataan yang tak elok pun keluar jugak... sebab apa?

sebab dia kawan baik kita, besfren, besties, kawan sepermainan, dan apa apa yang orang selalu panggil lah kan...

tapi!

serapat, sebaik, se"apa-apa" lah kan... kita kena jaga juga kata kata kita.. sebab kalau kita TER-kecilkan hati seseorang... free free dapat dosa.. dan kita tak sedar pun kita dapat dosa tu... sebab kita rasa.. "takpe, dia kawan baik.." ataupun "takpe, dah biasa.." atau "ala.. dia tak kisah pun"

hah! disebabkan kawan baiklah... kawan yang TERkecil hati sebab kata kata kawan baik dia tu akan senyap. tak sampai hati nak cakap.. sebab nak jaga hati kawan dia... betul tak? dan kawan yang MENGecilkan hati orang tu pula... akan terus dapat dosa... MELAINKAN kawan dia memaafkan dia... :)

so... tak kisahla kita rapat macammana pun dengan seseorang tu... kata kata still kena jaga untuk elakkan kawan baik kita kecil hati... dan! kawan yang jadi mangsa tu... nasihat nasihat la sikit kawan tu.. tak pun.. bagi tahu lah kat dia yang korang tak suka dia cakap macam tu.. so nanti dia tak ulang benda yang sama.. insyaAllah la.. hee~

dan lebih elok jika kita sentiasa mintamaaf dekat orang yang kita rapat, adik beradik, parents dan semua orang yang memang rapat dengan kita.... bukan tunggu raya je baru nak mintamaaf.. sebab kalau tak sempat? nauzubillah... minta dijauhkan..

okay, sekian dari ody.. semoga kita semua dijauhkan dari "dosa-free" .. aminnn... assalamualaikum~

Wednesday, 24 July 2013

#16 doa'

assalamualaikum~.. disini..ody nak share mengenai doa'
bila kita berdoa... insyaAllah Allah akan kabulkan.. dalam 3 cara..

1/ Allah mengabulkan apa yang kita minta..
2/ Allah menjauhkan kita dari sesuatu kesusahan dan malapetaka..
3/ Allah beri ganjaran di akhirat..

:) .. see... so janganlah kita berhenti berdoa... setiap doa kita..jika ikhlas dan bukan untuk memutuskan silaturrahim atau untuk dosa, insyaAllah akan dikabulkan.. :)

okay.. sekian dari ody..assalamualaikum~

#15 ramadhan 15 :)

assalamualaikum..
zikir adalah satu amalan sunat untuk buat kita sentiasa mengingati Allah..

1/ 100 kali zikir.. :) *memuji Allah

2/ 100 kali zikir.. :) *selawat atas nabi

3/ 100 kali zikir.. :) *istighfar

>> jumlah = 300 kali zikir.. amalkan pagi dan petang...300 kali pagi dan 300 kali petang.. :)


okie.. semoga kita semua dapat amalkan amalan sunat ni.. insyaAllah...amin... :) assalamualaikum.. salam sahur...

Sunday, 21 July 2013

#14

assalamualaikum~ wehoooyayyy...
ody alhamdulillah dah khatam alquran dan ontheway nak khatam kali kedua...
hari ni hari yang kedua belas... may Allah bless all of us.. and may this ramadhan make a better ody.. :)
aminn
assalamualaikum~

Saturday, 20 July 2013

#13 fasa dua

assalamualaikum~
am happy coz only 2 juzuk left untuk khatam al-quran.. heh~ tak sangka dapat jugak... maybe akan dikhatamkan pada hari ini.. insyaAllah.. :)
sedia maklum semua orang... hari ni masuk fasa kedua ramadhan.. cepat je rasanya..
hari ke-11..


iman camne ody?
(insyaAllah bertambah ^^)

tarawih 20 rakaat lagi tak ody? 
(err..to be honest, 3 kali buat 8 rakaat je.. huu =[ )

alquran jadi sahabat baik lagi tak ody? 
(alhamdulillah.. insyaAllah sampai bila-bila)

zikir 300 pagi 300 petang masih amalkan tak ody? 
(errr.. buat pagi je.. yang petang punya asek lupa.. ke buat2 lupa? err... insyaAllah akan diamalkan)


bila dah masuk fasa dua ni..jomlah kita tingkatkan lagi amal.. tiap2 hari kena mantapkan iman.. tingkatkan ibadah.. mana tau.. dapat berkat malam lailatulqadar.. :')
okiedokie.. assalamualaikum~

Monday, 15 July 2013

#11 bersyukur

assalamualaikum~~
again, topic about my thought..
*syukur*
bila cakap mengenai bersyukur... means.. redha..terima seadanya.. be realism.. stop dreaming.. terima takdir.. dan sebagainya..
apa yang ody cakap.. untuk ody jugak.. cuma kadang2 tu.. manusia lupa nak bersyukur..
okay..lets see these situation.. *kind of ody

1/ you're good in math or whatever subject.. always got 80-100% .. then one day, you got 79%.. and you just like "why? why? why?" or "saya memang bodoh.. lagi satu je nak A" or menangis bagai nak gila.. dont you know 79% is already good? -,-

2/ you're good looking.. handsome or beauty or cute.. semua orang admit benda tu.. tiba2 ada jerawat... sangat kecil sampai kena guna kanta pembesar nak tengok.. dan you will act like "ee.. jerawat ni..habis muka aku" or "ala.. ada jerawat..macam mana nak keluar" atau apa saja yang tak puas hati.. bila situation tu berlaku.. calm down people.. dalam dunia ni macam2 produk ada.. teknologi dah canggih.. tak perlu nak merungut.. tengok orang yang "kurang lawa" atau "kurang hensem" dari awak..

dan macam2 lagi keadaan.. ody mengaku..kadang2 ody pun macam tu.. tapi think positive.. tengok orang yang lagi teruk dari kita... dengan cara tu, baru rasa bersyukur tu datang.. k? just saying~ assalamualaikum.. :)

#10 tarawih

assalamualaikum~
phewww~~ semalam tak update blog pun...
tapi kali ni ody update sebab nak share pasal tarawih... hehe
selalu nya orang buat tarawih 8 rakaat je kan? sebab M-A-L-A-S.. ye dak?
ramadhan kali ni ody cuba buat 20 rakaat.. wehooo~~ rasa kepuasan lain macam..seriusly.. tak tipu..
okie.. ody bukanla rajin dan BAIK sangat.. tapi ody just nak share cara ody buat tarawih.. kegigihan ody nak selesaikan 20 rakaat + 3 rakaat witir..

1/ baca surah pendek2... rakaat pertama, ody baca surah ad-dhuha dan kebawah..
(ad-dhuha, alam nashrah, at-tin, al-alaq, al-qadr, al-zalzalah, al-'adhiyat, al-qaariah, at-takathur, al-'asr)
2/ rakaat kedua baca surah al-ikhlas.. *baca 3 kali surah al-ikhlas ibarat khatam 1 al-quran*
3/ witir 3 rakaat (2 rakaat + 1 rakaat)

dengan cara ni, ody selesai tarawih dan witir.. selama ody hidup..ini kali pertama ramadhan ody complete
tarawih + witir.. hurm.. jahil kan? banyak kekurangan ody sebenarnya.. *muhasabah
sebelum ni.. ody ingat witir tutakde ape pon...tak buat pon takpe.. tapi ayah ody cakap.. witir tu ibarat macam..
nak hidang minum dekat tetamu..mesti ada alas cawan kan..so witir ibarat macam alas tu.. biarlah sempurna keadaan ibadah kita untuk beri pada Allah.. witir jugak penutup solat untuk hari tu..

p/s :: try to complete 20 rakaat tarawih.. your feeling with same like mine.. ;) ..semoga iman kita semua meningkat dari hari ke hari.. aminnnnnn... okiedokie.. sekian dari ody.. assalamualaikum~

Friday, 12 July 2013

#9 pakaian

assalamualaikum~
Ya Allah.. nauzubillah..
ni lah perkataan yang selalu keluar kalau ody pergi bazar.. mak datukk.. macam fesyen pakaian ada.. padahal pergi bazar je.. ada tu sampai pakai high heels 4 inci kot? ke 5 inci.. tak tahu lah.. mungkin baru balik jalan2.. kan? huu~ tapi nak buek camno.. dah itu pilihan eh.. -,-
nak tegur, tapi kang buat drama kat situ pula.. tak tegur, karang dosa... haishh.. kenapalah.. kalau nak sgt dosa pun... tanggung sorang2 sudah~.. ni tak! angkut sekali kitaorg yang nak kumpul pahala ni.. haish..
idea ody la kan.. buat tiang yang mcm sensor tu kan.. (yang selalu ada kat shopping yang kalau tak bayar bunyik2 tu)..tapi sensor ni untuk aurat... ade ke ek?? -,-

dahla ramadhan setahun sekali jerk.. nak elakkan dosa, orang lain bagi dosa.. haishh.. boleh ke kalau panggil mereka ni 'pentingkan diri' ? boleh rasanyer.. ye dak?
ody kadang tu rasa malas nak pergi bazar.. tapi apakan daya.. tak pergi kang..lapar... -,-' kalau pergi? haish.. dilemma ody sebentar.. -,-

p/s :: please la "orang-pentingkan-diri" .. think! think! and think! betul ke pakaian awak tu? ikut sunnah ke? tutup aurat tak? think people!

#8 change

assalamualaikum~~~
alhamdulillah...hari kedua puasa dah pun berlalu.. tunggu esok lak..
hee~
okiedokie...sekarang masa untuk membebel.. mengenai..perubahan..
theres one status that I just read about someone yang nak berubah.. dari segi ayat..mungkin berubah ke arah yang lebih diredhai olehNya.. bagusla kan.. hee..
tapi! kalau betul nak berubah.. kenapa perlu update status?
update doa dekat Allah kan bagus.. let Allah knows your nawaitu.. dan insyaAllah..kalau kita ikhlas nak berubah.. Allah akan bantu.. tapi kalau update status? lepas tu second status dah caci maki.. ape cer?? just nak like banyak ke hape? dont la...please people.. kalau betul nak berubah.. just do it.. takperlu kena update status bagai.. kalau betul nak bagi orang lain doakan.. okayla.. good point la kan.. tapi janganlah sebab nakkan like bebanyak.. tak kemana pon.. *sigh
everybody-everyone adahak untuk berubah.. to be good or bad.. you choose.. coz only you change your life... good decision will be light up your future.. but wrong decision will make your life nothing..

gentle ody cakap.. berubahlah seikhlas mungkin.. :) assalamualaikum~

Wednesday, 10 July 2013

#7 hey hey

assalamualaikum~
title entry macam ntahpepe kan? haihh.. nak buat macam mana.. ody bosan.. so nak update blog jugak..
hey hey! puasa hari pertama telah berjaya! wehooo~~~
ody rasa sangat2 lah seronok.. and to be true.. saya dah juzuk 5.. sendiri  pun takpecaya jugak.. mungkin Allah beri kemanisan baca Quran sampai tak sedar dah juzuk 5..  =')
dan lagi manis bila dapat tadarus dengan adik beradik dan juga mak ody! ;)
uniknya bulan ramadhan.. kan? okiedokie...semoga hari kedua puasa akan lebih baik dan iman lagi mantap! insyaAllah.. :) assalamualaikum~

#6 jangan pandang buruk orangg

assalamualaikum~

3.43 petang bersamaan  10 Julai 2013 bersamaan 1 ramadhan bersamaan hari rabu...
okay tak lagi? masih bertenaga tak? heh~.. ody asyik ngantuk je.. -.-

entry kali ni, ody nak share mengenai.... jangan-pandang-buruk-orang.. kalau perasan la kan.. aib orang..selalu di heboh-hebohkan.. pernah dengar tak ayat ni..

"sesiapa yang mengaibkan saudara seIslam, Allah akan mengaibkannya di dalam rumahnya sendiri"

*sigh.. tak tahu kenapa.. kalau perkara buruk, selalu jadi nombor satu untuk jadikan tajuk.. am not saying like am too perfect with zero mistake.. tapi just saying what happened nowadays.. is it a norm? and suppose to be norm? tak tahu kenapa.. okie..biar ody beri contoh..

seorang lelaki berseluar short(bawah lutut) dan singlet.. tegur seorang perempuan yang pakai seksi.. pandangan orang?

"ee...diri sendiri tak senonoh..nak tegur orang lain"
"pakai macam tu, nak tegur orang"
"ala... nak tunjuk baik la tu"

see? kan? orang akan lebih tertarik nak cakap pasal pakaian lelaki tu dari sifat baik dia tegur seorang perempuan seksi.. aurat lelaki.. semua orang tau.. dari pusat ke lutut.. kan? and in this situation..lelaki tu dah kira menutup aurat... atleast dia dpt pahala tegur perempuan tu.. orang yang cakap tu? orang yang kritik tu? dapat apa je? -,-
this kind of situation is real.. happen in front of me..
come on people... dont judge people sesuka badak je.. tengok diri sendiri dulu.. okie? just my thought.. =)

jika kawan kita ada 9 keburukan, 1 kebaikan.. pandanglah kebaikannya..
jika kita sendiri ada 9 kebaikan, 1 keburukan.. pandanglah keburukan kita..

bulan baik, buat baik, kan Allah suka... =) assalamualaikum...

#5 age doesn't define maturity

assalamualaikum~
selamat meraikan hari pertama puasa, selamat pagi, dan selamat semuanyer... ;)
ody nak cakap mengenai..................
maturity... =)
lets see this.. think.. and decide.. which one is the most matured status.. :)

standard 6
selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua Muslim.. semoga bertambah iman dan amal.. insyaAllah..

form 3
nak puasa dah..kejap je an? hoho

form 5
makan aiskrim lagi...wohoo!

student diploma
excited nak puasa!

student degree
sahur tadi makan nasi dengan sambal ayam..woot2...


cepat2.. mana satu? mana satu? standard 6 punya status nampak lagi matured.. kan? but to be true.. kadang2 hanya nakkan "like" banyak atau try to be an adult.. hoho.. budak2 sekarang cepat matang.. am I right? mungkin kerana teknologi yang terlampau advance.. dan mereka cepat belajar dan kenal "dunia luar" .. kan? haih... to me.. I prefer my old times.. i mean when i'm just a kid that doesnt know anything about internet.. #just saying.. =) assalamualaikum~

#4 so sweet and so ewww..

assalamualaikum...
hari ini..malam ini.. 1.24 pagi.. malam ke? err...okie..pagi...heh~
antara dua dialog ni...which one yang soooo sweet??

dialog 1
B :: sayang awak..
G :: sayang awak juga yayang...
B :: banyak mana??
G :: banyak sangat-sangat!!
B :: sayang.. kalau abang jadi kumbang..sayang jadi apa?
G :: jadi bunga laa.. awww.. abang ni..ngada tau!
B :: ngada dengan sayang je..
G :: betul?? dengan sayang je??
B :: iyerr..betul sayang...

*is that suppose to be sweet?? -.-

dialog 2
B :: sayang awak..
G :: oh?
B :: i love you..
G :: eh?
B :: wo ai ni..
G :: erk?
B :: cinta awak..
G :: hah?
B :: can u just say sayang awak jugak, i love u too, wo ai ni ye, and cinta awak jugak?
G :: ok..jugak too ye jugak
B :: hah? full sentence please..
G :: kenapa nak kena full sentence?
B :: coz i know u will give 100 reasons to not say that words.. just kidding sayang..
G :: how u know?
B :: coz your heart is mine.. ;)

*and that suppose to be sooo sweet... for me la.. hee.. ;)

only my thought... ;) sesiapa yang sama spesis dengan ody..okie..give me five! hee~
assalamualaikum..

Tuesday, 9 July 2013

#3 cock cock cockroach!!

assalamualaikum~
..heh! haiyaii people around the world..
again, me update my blog.. bukan sebab takda benda nak buat, tapi just rasa nak update.. hee.. ;)
its about.....cockroach.. yup.. cockroach! lipas! the-geli-animal! annoying-things! and whatever you call it..
ramai orang geli dengan lipas.. kan? n siapa je yang suka lipas pon.. huhu.. tak kisah lelaki or perempuan.. its not weird bila lelaki geli dengan lipas.. bukan pondeyy.. bukan bapokie.. just geli.. normal la.. semua orang ada benda yang dia suka and tak suka.. kan? siapakah kita untuk judge orang based on what he/she dislike? hoho.. ok, back to topic.. bila lipas berdekatan.. any person yang geli akan act like jerit..lompat2...lari sana sini.. call sesiapa untuk halau.. diri atas kerusi or meja.. masuk bilik kunci.. and what so ever la kan.. tapi.. be sure people.. your future husband/wife tak nampak.. sebab.. M-A-L-U... XD

gentle ody cakap.. flying cockroach is the worst! ever! -.-

#2 my aim for ramadhan 2013

assalamualaikum..
I only have 10 minutes plus minus untuk update blog.. excited nak tarawih.. hee~
maybe ada kat luar sana yang anggap ramadhan ni macam bulan2 yang biasa.. but to me, ramadhan is the most special month.. sebab pahala kita semua akan digandakan.. excited nak raikan puasa esok.. kan?
ody ada dua aims nak capai..

1/  to be good.. change for good i mean.. not for ramadhan only..but for whole life.. lets ramadhan be the starter.. ;) bulan baik, niat baik.. insyaAllah Allah kabulkan... ye dak?

2/ to khatam Al-quran .. target nak khatam dua kali.. but if dapat sekali pun dah kira besyukur dah.. ;)

again, to all Muslim.. selamat berpuasa.. semoga iman makin bertambah, pahala makin banyak, timbangan pahala makin berat.. n insyaAllah..syurga tempat kita.. :) aminn... assalamualaikum~

#1 Lettss begin!

Assalamualaikum..

heh! my new blog! tadaaaaaaaaaa! Ngee~ dengan wujudnya blog ni.. maka.. bermulalah celoteh ody.. ;) 
okiedokie? okie.. lets begin with... something good.. likeeee... 
esok puasa right? okie.. memandangkan esok puasa.. so, ody nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam.. blog ni.. ody akan jadikan tempat membebel.. about?
something - anything - everything :)
itu sahaja untuk first entry.. caucincau! assalamualaikum~