highlight is unavailable

Monday, 29 July 2013

#22 sejarah

assalamualaikum..

ody nak share mengenai "sejarah" ..
SE-MU-A orang ada sejarah masingII kan? sejarah hitam, pahit, manis, masamII manis, cuka basi, dll...
kalau ody?
mmm... kalau nak dibandingkan ody sekarang dengan yang dulu kala... macam langit dengan bumi...
seriously... teruk! jahat! bangang! dan sewaktu dengannya.. ody memang sangatII teruk waktu dulu...
kalau nak dibandingkan dengan jin.. eh, takpayah nak banding sangatla kan.. memang jin pun.. huhu.. :/

tapi!

what make me changed?

jaga solat.

serious! just jaga solat fardhu je.. dulu mana ody tahu sunatII ni.. takyah nak sunat sangatlakan.. fardhu pun lintang pukang masa tu.. -,-
lepas tu, terdetik tibaII perasaan "teruknya kau ni.. sampai bila nak macam ni?"
**baru sedar..

lepas tu, ody cuba taknak tinggal solat fardhu.. maklumlah... semua orang tahu.. solat yang paling selalu orang tinggal, SUBUH.
kan? hah! sama la tu dengan ody.. tapi dulu la...
lepas dah jaga solat fardhu.. alhamdulillah..dapat completekan solat fardhu.. 5 kali sehari.. **rasa seronok
then, hampir beberapa bulan lepas tu, ody terdetik.. "takkan nak solat fardhu je kot? nak jugak buat sunat untuk tampung pahala fardhu"
**again, baru sedar..

lepas tu.. perlahanII ody dekatkan diri dengan Al-quran.. bukan tak reti baca.. tapi MALAS.. disebabkan lama tak baca.. mulaII tu merangkak jugakla.. lamaII baru okie.. ;)
baca, baca, dan terus baca.. sampai khatam sekali, dua kali, dan berkaliII...
lepas tu.. ody cuba amalkan 12 rakaat solat sunat rawatib..

2 rakaat sunat sebelum subuh
4 rakaat sunat sebelum zuhur
2 rakaat sunat selepas zuhur
2 rakaat sunat selepas maghrib
2 rakaat sunat selepas isya'

*sumber :: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-rawatib/
tapi ody belum berjaya completekan 12 rakaat tu.. kadangII 2, 4.. hah.. tu je lah baru pun.. huhu..

bila dah nak dekat setahun ody macam ni.. ody sendiri nampak perubahan diri ody.. lepas tu, bila kenangkan balik zaman "jin" dulu.. syooohhhh syooohhhh... taknak ingat dah.. baru terdetik, "jahat nya aku dulu.."
**again and again.. baru sedar...

panjang berjela ody membebel ni.. ada sebab.. berubahlah untuk menjadi lebih baik disisi Allah.. untungnya, bukan dapat dekat orang lain.. tapi diri sendiri.. takdenyer.. orang buat baik untuk bagi pahala dekat orang.. ye dak? dan segala apa dosa yang lalu.. sila TAUBAT..dan solat taubat tak semestinya buat sekali je..lepas tu tak buatII dah.. tapi.. buatlah sebanyak mungkin.. ;)

akhir kata dari ody.. nak berubah, tak payah tunggu hidayah.. tak payah update status kat facebook.. tak payah bagi tahu satu dunia.. tak payah nak tunggu waktu tua...

tapi!

hanya perlu fikir.. kemana hala tuju kita.. syurga atau neraka? 

sekian dari ody.. assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment