highlight is unavailable

Sunday, 5 November 2017

#29 Kedekut

Assalamualaikum~

Di petang Ahad yang indah sedap tidur ni.. Ody nk share my thought of kedekut.

Kedekut/Berkira

Kedekut dan berkira ni.. tak sama sekali dengan jimat. Jimat ni.. lain.. Tak boros dalam membeli barang-barang.

Bila kita tanye orang yang ada sifat macam ni, jawapan dorang apa agaknye ye?

Mestila kena berkira, untuk emergency nnti
Bukan kedekut, cuma menyimpan untuk masa depan je.

Kebanyakkan nye akan berkira/kedekut sebab untuk simpan duit. Kan?
Maksud Ody berkira/kedekut ni.. mcm ni..

-Susah nk keluarkan duit untuk mak ayah
-Susah nk keluarkan duit untuk anak bini/suami
-Susah nak keluarkan duit untuk bantu orang
-Susah nk keluarkan duit untuk belanja kawan sekali-sekala (bukan setiap hari..maybe dalam sebulan tu, sekali ke kan?)
-Susah nak bersedekah
Atau apa-apa lah yang berkaitan (All this situation just an example)

Listen guys, (termasuk Ody)

Bagi duit untuk mak ayah kita adalah untuk dapatkan keberkatan. Keberkatan ape? keberkatan rezeki. Rezeki siapa? Rezeki kita jugak guys..
Then, why nak berkira? this already happened to me.
Contoh: Gaji si polan RM2,500. Tolak segala commitment yang ada, tinggal RM1,200 bersih. Bila kita keluarkan RM200 untuk mak ayah kita (sorang RM100). Tinggal RM1,000. So, si polan akan rasa, dari bagi mak ayah, baik aku guna untuk duit minyak kereta/motor. Duit makan pon lepas jugak. Tapi, dalam kita tak sedar, bulan tu kita tak sihat, kena pergi klinik amik ubat (RM50). Kereta kita rosak (RM200). Balik/Pergi kerja dalam bulan tu asyik jam je. Banyak pakai minyak kereta (RM100). Total overall(RM350) keluar macam tu je. Takde dapat apa-apa untung pulak tu.
If! si polan bagi mak ayah dia duit RM200 dengan niat nak kan keberkatan rezeki. Minta mak ayah kita doakan keberkatan rezeki untuk kita. Mungkin dalam bulan tu, kita sihat sepanjang bulan, jalan pun clear je, plus ada pulak company/kawan belanja makan dua tiga kali dalam bulan tu.

Sama jugak bila kita keluarkan duit untuk isteri, suami, anak-anak, kawan, orang yang memerlukan bantuan, bersedekah. Semuanya untuk keberkatan rezeki dan dimurahkan rezeki. Cuba  kita renung balik. bila kita bersedekah, ada something happen dekat kita tak? bila dikatakan murah rezeki, bukan sahaja dari segi duit. Ody ada post pasal rezeki previouly, boleh klik words rezeki di bawah;

Rezeki

Dan untuk jawapan untuk 'simpan duit untuk emergency'. Remind them. Siapa yang bagi ujian dekat kita? Allah. Dan setiap ujian tu, ada sebabnya. ada hikmahnya. Dan tugas kita untuk muhasabah diri, kenapa ujian tu Allah bagi kat kita? Apa salah kita? se details-details nya. Sebab memang sentiasa ada reason why ujian tu datang. Okay guys? Bila balik dari situation si polan..Ody kaitkan dengan keberkatan rezeki bila beri duit dekat mak ayah. Disebabkan si polan kedekut nak bagi duit dekat mak ayah dia, ujian datang. U get what I mean guys?

Sebenarnya, benda berlaku semua ada sebab. Cuma dalam kita sedar atau tak sedar. Dan setiap duit/tenaga/masa yang kita keluarkan untuk benda yang baik, Allah akan bagi berkali-kali ganda keberkatan rezeki untuk kita. Cepat atau lambat itu bergantung pada Allah. Sebab? Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila Allah nak bende tu jadi (contoh dapat bonus/kenaikan gaji), benda tu akan terjadi tepat pada masanya. Tak pernah cepat/lambat walau sesaat. Okie guys.

Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. ;)

Assalamualaikum sahabat~

No comments:

Post a Comment